Cicak Man 3 Tonjol Kelainan - Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak
Thursday, 1 August 2013 • Thursday, August 01, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Filem sains fiksyen superhero
pertama di Malaysia kini memperkenalkan sekuel Cicak Man, Cicak Man 3 yang
mengandingkan Zizan Razak dan juga Lisa Surihani sebagai peneraju utama.
Tambahan pula, filem ini nanti
bakal menampakkan kerjasama di antara tiga syarikat penerbitan filem, Kru
Studio, Grand Brilliance dan juga Astro Shaw yang mana masing-masing bakal
melabur untuk tujuan promosi dan kos produksi yang bakal menjalani penggambaran
bermula 15 Ogos nanti.
Bercakap kepada media semalam,
Zizan Razak yang ditemui di majlis pelancaran filem sekuel Cicak Man 3 &
Majlis Berbuka Puasa KRU Studio memberitahu pengalaman pertama bekerja di bawah
arahan Yusry Abd. Halim ditambah pula ianya merupakan pertama kali beliau
memegang watak suami kepada Lisa Surihani (Linda) dan juga bapa kepada Rykal
(Boboy) adalah kelainan yang cuba ditunjukkan di dalam filem ini.
Jika dua filem terdahulu Saiful
Apek yang memegang watak utama di dalam filem Cicak Man, kini tanggungjawab
tersebut telah diserahkan kepada Zizan Razak untuk terus menghiburkan hati
penonton.
“Saya tahu lakonan Saiful Apek
macam mana, dan orang tahu lakonan Zizan. Pada saya jika orang dah biasa tengok
kami berdua berlakon tidak timbul isu perbandingan kerana masing-masing ada
kekuatan tersendiri.”
“Ini juga pengalaman pertama saya
melakonkan watak suami. Pada masa yang sama saya mahu mencuba pelbagaikan
watak, mana tahu selepas ini akan dapat offer berlakon jadi
kekasih pula,” ujarnya dalam nada berseloroh.
Antara pelakon lain yang akan
menjayakan filem ini adalah Fizz Fairuz, Yus Jambu (Superbro/Adam), Azizah
Mahzan (Puan Zaleha), Rashidi Ishak (Komisyener Kahar) dan Kaza (Hassan).
Credit : Rotikaya |
MY SUPERWORDS ;
![]() MY SUPERBOX ;
![]() ANYTHING HERE ; ![]() CREDITS SECTION ; ![]() BLOG ARCHIVE; ![]() ![]() |