Between Our Paradise ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK ASK.FM
Kelebihan kucing berbanding dengan haiwan lain .
Wednesday, 14 August 2013 • Wednesday, August 14, 2013 • 0 comments
Untitled
Cat
Untitled

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad s.a.w memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, tatkala Nabi hendak mengambil jubahnya, baginda dapati Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong lengan jubah yang ditiduri Mueeza.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk kepada Nabi. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut badan kucing itu tiga kali. Setiap kali menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiaw ketika mendengar suara azan, seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Dalam sebuah hadis sahih Al bukhori, dikisahkan seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya mencari makannya sendiri. Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi amat menyukai kucing dan memelihara beberapa ekor kucing jantan dirumahnya sehinggakan beliau digelar dengan panggilan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan).

Nabi menegaskan dalam hadis baginda bahawa kucing adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwuduk. Hal ini dinyatakan dalam hadis baginda:

Diriwayatkan Ali bin Al Hasan dan Anas menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pergi ke Bathhan, suatu daerah di Madinah. Lalu baginda berkata, "Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas." Lalu Anas menuangkan air kedalam bekas bejana. Namun sebelum sempat Nabi mengambil wuduk tiba-tiba datang seekor kucing dan menjilat bekas air tersebut. Melihat kejadian itu Nabi berhenti sehingga kucing itu berhenti minum, lalu Rasulullah berwuduk. Nabi ditanya mengenai kejadian itu, baginda menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumahtangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis,"

Sabda Rasulullah s.a.w ini yang dilafazkan 1,500tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains zaman sekarang.

Sains mendapati kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi pelbagai benjolan kecil yang runcing di mana benjolan itu berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna membantu membersihkan kulitnya.

Jika kita lihat kucing sedang minum, kita dapati tiada setitis air pun jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar itu berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.

Kajian yang dijalankan

Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) dalam mulut dan lidahnya.

Hasil ujian

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80 peratus, jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di dalam badan kucing.

Kesimpulannya sains merumuskan kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan doktor dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah mengatakan, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.

Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui banyak kuman pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25 peratus kuman berbanding anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding manusia. Doktor haiwan sebuah klinik haiwan di Damsyik, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih bernama lysozyme.

Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis mengenai kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mentua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada masa itu datang seekor kucing ingin minum, lantas ia menuangkan air dibekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Kucing suka berkeliling di rumah (binatang rumahan)." - Hadis riwayat At Tirmidzi, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah.

Subhanallah! Hikmah dan kebenaran islam tidak melarang manusia bercampur dengan kucing yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1,500 tahun lalu telah dibuktikan dengan fakta sains era moden.

Wallahu'alam......
From PapaGoogle :)


PASTFUTURE
MY SUPERWORDS ;

Hye :) I Am Deena Bahrin ! Owner of this beautiful & colourful space . Can call me Deena . Please follow & leave ur beautiful footprints at my speakbox :* Be careful in my space coz i'm watchful ;) Dont make me chase you if u use ur stupidful words . Thank u !

MY SUPERBOX ;



ANYTHING HERE ;

Instagram

CREDITS SECTION ;

Template :N.Afiqah
Basecode :Masterly_elmo
Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
Pictures : We Heart It
Best View : Google Chrome

BLOG ARCHIVE;

  • How to Recognize a True Friend .
  • Sunnah dan Adab-Adab Berhari Raya =)
  • Tentang Cinta ❤
  • Raya , Raya , Raya =)
  • Cicak Man 3 Tonjol Kelainan - Gandingkan Lisa Suri...
  • Nelydia Senrose Tidak Pasti Uqasha Dah Bertunang ?...
  • Berserah ='(
  • Forever Alone :'(
  • 3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih
  • Jom Exchange Links !