
|
4 Tips To Change the Way You Deal with Stress
Friday, 13 September 2013 • Friday, September 13, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Dr. James C. Dobson once said “there are very few certainties that touch us all in this mortal experience, but one of the absolutes is that we will experience hardship and stress at some point.” Stress may be inevitable, but how we handle it is our choice.
Stress is different for all individuals, so there is no “cookie cutter” solution to manage it. You may have to experiment to find what works best for you. Finding healthy, positive ways to deal with stress will add to your overall well-being.
When dealing with stressful situations, consider the four points below. They may aid in decreasing the amount of stress and changing the way you view it.
Stress does not have to be a part of life. Success stress management is all about learning how and when to take control. It’s important to remember that you control how stress affects you. You can control the stress or let stress control you.
“Don’t underestimate the value of Doing Nothing, of just going along, listening to all the things you can’t hear, and not bothering.”- Pooh’s Little Instruction Book, inspired by A.A. Milne Kelebihan kucing berbanding dengan haiwan lain .
Wednesday, 14 August 2013 • Wednesday, August 14, 2013 • 0 comments ![]() ![]() ![]() ![]() Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk kepada Nabi. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut badan kucing itu tiga kali. Setiap kali menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiaw ketika mendengar suara azan, seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Dalam sebuah hadis sahih Al bukhori, dikisahkan seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya mencari makannya sendiri. Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi amat menyukai kucing dan memelihara beberapa ekor kucing jantan dirumahnya sehinggakan beliau digelar dengan panggilan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan). Nabi menegaskan dalam hadis baginda bahawa kucing adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwuduk. Hal ini dinyatakan dalam hadis baginda: Diriwayatkan Ali bin Al Hasan dan Anas menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pergi ke Bathhan, suatu daerah di Madinah. Lalu baginda berkata, "Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas." Lalu Anas menuangkan air kedalam bekas bejana. Namun sebelum sempat Nabi mengambil wuduk tiba-tiba datang seekor kucing dan menjilat bekas air tersebut. Melihat kejadian itu Nabi berhenti sehingga kucing itu berhenti minum, lalu Rasulullah berwuduk. Nabi ditanya mengenai kejadian itu, baginda menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumahtangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis," Sabda Rasulullah s.a.w ini yang dilafazkan 1,500tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains zaman sekarang. Sains mendapati kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi pelbagai benjolan kecil yang runcing di mana benjolan itu berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna membantu membersihkan kulitnya. Jika kita lihat kucing sedang minum, kita dapati tiada setitis air pun jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar itu berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya. Kajian yang dijalankan Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) dalam mulut dan lidahnya. Hasil ujian 1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali. 2. Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80 peratus, jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya. 3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman. 4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan. 5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di dalam badan kucing. Kesimpulannya sains merumuskan kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya. Ulasan doktor dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah mengatakan, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit. Ini amat berbeza dengan anjing. Dr. Gen Gustafsirl menemui banyak kuman pada anjing. Manusia pula mempunyai kira-kira 25 peratus kuman berbanding anjing. Kucing hanya mempunyai separuh sahaja kuman berbanding manusia. Doktor haiwan sebuah klinik haiwan di Damsyik, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih bernama lysozyme. Mengapa kucing kurang menggemari air? Ini kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan. Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing. Hadis mengenai kucing Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mentua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada masa itu datang seekor kucing ingin minum, lantas ia menuangkan air dibekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Kucing suka berkeliling di rumah (binatang rumahan)." - Hadis riwayat At Tirmidzi, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah. Subhanallah! Hikmah dan kebenaran islam tidak melarang manusia bercampur dengan kucing yang telah dituturkan oleh Rasulullah sejak 1,500 tahun lalu telah dibuktikan dengan fakta sains era moden. Wallahu'alam...... How to Recognize a True Friend .
Monday, 12 August 2013 • Monday, August 12, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Sunnah dan Adab-Adab Berhari Raya =)
Monday, 5 August 2013 • Monday, August 05, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.
Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah; 1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya. Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya. 2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Hari Raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953]. Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446]. 3. Bertakbir pada hari Raya Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185]. Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).” Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya. 4. Lafaz Takbir Hari Raya Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
Al-Mahamiliy (المحاملي ) meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada Ibnu Mas‟ud:
Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar dan Yang Maha agung, Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah
Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar. 5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :
– (Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata: “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan وَمِنّْكُمْ تُقُبَِّلَ مِنَّ Ibnu Hajar berkata: Isnad (riwayat ini) Hasan. [Fath al-Bari: 2/446].
3. Antara ucapan yang masyhur juga :
6. Berpakaian baru/cantik di Hari Raya Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765]. Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”]. Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik. 7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain. Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986] Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini; i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat. ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam. iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT. iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim. 8. Solat Hari Raya.
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat Hari Raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya. a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW. b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la ( سبّح اسم ربل الأعل ) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah ( هل أتاك حديث الغاشية ) berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW. c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya: “Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.” d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.” 9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat Hari Raya.
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.” Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan. 10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat Hari Raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).
Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.” 11. Zakat Fitrah.
Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Kesalahan yang dilakukan pada hari raya :
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakan lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.
Sumber : Click Here Tentang Cinta ❤
Sunday, 4 August 2013 • Sunday, August 04, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri. Raya , Raya , Raya =)
Saturday, 3 August 2013 • Saturday, August 03, 2013 • 0 comments ![]() Cicak Man 3 Tonjol Kelainan - Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak
Thursday, 1 August 2013 • Thursday, August 01, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Filem sains fiksyen superhero
pertama di Malaysia kini memperkenalkan sekuel Cicak Man, Cicak Man 3 yang
mengandingkan Zizan Razak dan juga Lisa Surihani sebagai peneraju utama.
Tambahan pula, filem ini nanti
bakal menampakkan kerjasama di antara tiga syarikat penerbitan filem, Kru
Studio, Grand Brilliance dan juga Astro Shaw yang mana masing-masing bakal
melabur untuk tujuan promosi dan kos produksi yang bakal menjalani penggambaran
bermula 15 Ogos nanti.
Bercakap kepada media semalam,
Zizan Razak yang ditemui di majlis pelancaran filem sekuel Cicak Man 3 &
Majlis Berbuka Puasa KRU Studio memberitahu pengalaman pertama bekerja di bawah
arahan Yusry Abd. Halim ditambah pula ianya merupakan pertama kali beliau
memegang watak suami kepada Lisa Surihani (Linda) dan juga bapa kepada Rykal
(Boboy) adalah kelainan yang cuba ditunjukkan di dalam filem ini.
Jika dua filem terdahulu Saiful
Apek yang memegang watak utama di dalam filem Cicak Man, kini tanggungjawab
tersebut telah diserahkan kepada Zizan Razak untuk terus menghiburkan hati
penonton.
“Saya tahu lakonan Saiful Apek
macam mana, dan orang tahu lakonan Zizan. Pada saya jika orang dah biasa tengok
kami berdua berlakon tidak timbul isu perbandingan kerana masing-masing ada
kekuatan tersendiri.”
“Ini juga pengalaman pertama saya
melakonkan watak suami. Pada masa yang sama saya mahu mencuba pelbagaikan
watak, mana tahu selepas ini akan dapat offer berlakon jadi
kekasih pula,” ujarnya dalam nada berseloroh.
Antara pelakon lain yang akan
menjayakan filem ini adalah Fizz Fairuz, Yus Jambu (Superbro/Adam), Azizah
Mahzan (Puan Zaleha), Rashidi Ishak (Komisyener Kahar) dan Kaza (Hassan).
Credit : Rotikaya Nelydia Senrose Tidak Pasti Uqasha Dah Bertunang ?
• Thursday, August 01, 2013 • 0 comments \![]()
Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Setia
Hujung Nyawa,Nelydia Senrose memberitahu bahawa dia tidak pasti
apakah yang didakwa oleh sesetengah media bahawa kakaknya yang juga pelakon
yang sedang meningkat naik, Uqasha Senrose sudah bertunang.
Hakikatnya, apa yang telah diberitahu oleh Nelydia bahawa
kakaknya itu hanyalah dirisik oleh Pekin Ibrahim dalam majlis sederhana yang
telah diadakan di kediaman Nelydia Senrose.
“Sebenarnya saya tidak berapa tahu dan pasti apakah benar kakak
saya itu sudah bertunang kerana apa yang diberitahu kakak saya hanya dirisik.
Saya juga tidak berapa tahu disebabkan ketika majlis itu berlangsung saya tiada
di rumah kerana terbabit dengan penggambaran, dan disebabkan itulah saya tidak
boleh mengulas lebih panjang mengenai hal ini kerana rasanya biarlah pihak yang
sepatutnya memberikan penjelasan ini”
Sebelum ini juga ada dakwaan yang mengatakan bahawa Pekin
seorang yang panas baran, samseng dan kaki pukul, ternyata dakwaan tersebut
tidak benar kerana apa yang dilihat Nelydia bahawa Pekin ini merupakan seorang
lelaki yang bertanggungjawab dan ‘protective’ terhadap kakaknya.
“Saya tidak melihat sikap Pekin yang diuar-uarkan oleh peminat
sebelum ini yang mengatakan Pekin seorang samseng dan sebagainya. Jelasnya di
sini dia cukup baik dan mempunyai sikap yang sangat ‘protective’ terhadap kakak
saya. Walaubagaimanapun, saya sendiri tidak berani untuk bercakap lebih, kerana
apa yang penting kita berdoa agar jodoh mereka kuat untuk disatukan,” katanya.
Sementara itu, mengenai hubungannya bersama dengan Qi Razali
yang sebelum ini didakwa bahawa telah diberikan cincin oleh Qi.
“Tiada apa pun sebenarnya, itu hanyalah hadiah birthday saya
‘in-advance’ kerana selepas ini Qi tidak menyambut birthday bersama-sama dengan
saya kerana dia akan terlibat dengan penggambaran di Argentina,” tambahnya lagi
ringkas.
Credit : Rotikaya
Berserah ='(
Thursday, 25 July 2013 • Thursday, July 25, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Forever Alone :'(
Friday, 21 June 2013 • Friday, June 21, 2013 • 0 comments ![]() ![]() 3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih
Sunday, 26 May 2013 • Sunday, May 26, 2013 • 1 comments ![]()
As-Salam
22 MAY 2013 - 05 JUNE 2013
3rd Annivesary GA Blog by Emas Putih dilancarkan dan di sponser oleh Emas Putih , Fizgraphic , May-May Shida Radzuan , Nazatul Nashya , Miszz Nadea , Siti Noraihan Roslan , Siti Khadijah Bt Hashim , Izzat Syahir , Shahmeel Zulkafali , Shazillah Sani , Kinara Kinatara , Dedeq De Wishes , Anis Najiha , Nur Shuhada Abdullah , Jurayati Ali , Nursalamah Qalish , Chun Chun Reyyah , Nabila Medan , Nur Arifah Aishah Abdullah , Nieyxzha Hassan , Mawardi Yunus , Bismil Azian , Nor Syazwani , Mb Isam Ismail Yeputta Najihah , Julia Jamaludin , Izyan Yan Cinnamon , Mas Izzati Abdul Majid , Intan Terpilih , Amirul Aslam dan Amar Zaim .
Jom Exchange Links !
• Sunday, May 26, 2013 • 1 comments ![]() ![]() Hatiku Milikmu ♔
Thursday, 11 April 2013 • Thursday, April 11, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku Disisimu ku terdiam seribu bahasa Dihatiku bergetar sejuta rasa Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku Mungkinkah hatiku milikmu jua Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis Yang tak mungkin aku lupa Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini Agar jadi yang terindah Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku Mungkinkah hatiku milikmu jua Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku Berombak mencari daratan yang damai Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini Mungkinkah hatiku milikmu jua Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini Agar jadi yang terindah Di dalam hidupku ini P/S : Dear lelaki , Please hargai perempuan yang sangat syang awak smua , sbb mungkin awak akan khilangan seseorang yg sangat menyayangi awak :D Internet Percuma di Malaysia !
Saturday, 23 March 2013 • Saturday, March 23, 2013 • 0 comments ![]() ![]()
Internet percuma di Malaysia : Siri pengumuman oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengumumkan tawaran pemberian Internet percuma di Malaysia baru-baru ini untuk tempoh selama setengah jam pertama kepada rakyat miskin di bandar dan luar bandar. Berminat?
Informasi Internet Percuma di Malaysia?
Dan pasti ada ramai yang tertanya-tanya mengapa hanya 30 minit sahaja diberikan ketika ini? Nah…ini jawapan daripada pihak menteri :
Ya…maknanya mereka telah pun membuat kajian. Tetapi…ada tetapinya. Semakan kami terhadapan laporan daripada pihak yang cukup berpengaruh & lebih berwibawa iaitu daripada pihak Nielsen Malaysia, Com.Score menunjukkan di sini kadar penggunaan internet sehari dikalangan rakyat Malaysia adalah sekitar 20 jam seminggu. Apa maknanya di sini?
Jadi kepada Datuk Seri Rais Yatim, laporan manakah yang digunapakai sehingga mendapat angka 30 minit tersebut? Sekadar mendapat kepastian..
Datuk Rais ada mengatakan ini semua ada diperingkat permulaan. Mungkin selepas ini lebih ramai selepas ini yang akan dapat manfaatnya. Cuma….cuma kami ada sedikit masalah dan masih merasakan akses kelajuan Internet di Malaysia perlu sangat dipertingkat pada kadar yang munasabah iaitu mengurangkan kadar bil-bil bulanan Internet yang ditawarkan ketika ini.
Malaysia di mana? Ada….Malaysia berjaya mengatasi negara-negara seperti Laos, Uganda, Bahamas dan Oman.
Walaubagaimanapun, satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan. Apa kata anda pula dengan skim internet percuma di Malaysia kali ini?
P/S : 100 % Dicopy sini -> Berita Semasa Quotes About Love
Thursday, 21 March 2013 • Thursday, March 21, 2013 • 0 comments ![]() ![]() ― Marilyn Monroe Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth.” ― William W. Purkey ― Dr. Seuss ― Elbert Hubbard ― Martin Luther King, Jr., A Testament of Hope: The Essential Writings and Speeches ― André Gide, Autumn Leaves ― Elie Wiesel ― Mother Teresa |
MY SUPERWORDS ;
![]() MY SUPERBOX ;
![]() ANYTHING HERE ; ![]() CREDITS SECTION ; BLOG ARCHIVE; ![]() ![]() |